Maklum balas 1957:_Hati_Malaya

Belumpun tayangan seluruh negara bermula, pihak media telah memuji kredibiliti warga kerja filem dan Shuhaimi Baba sendiri dengan kemunculan filem kemerdekaan pertama ini. Pengarah wanita yang tiga kali dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik dalam sejarah Festival Filem Malaysia itu diakui berjaya menaikkan kembali nostalgia kemerdekaan Tanah Melayu.

Akhbar Utusan Malaysia menyatakan dengan berkesan bahawa filem ini ialah filem terbaik daripada Shuhaimi Baba selepas filem Layar Lara dan "selepas menonton filem ini, pasti ramai yang ingin membuka semula buku sejarah dan mencari maklumat untuk mengetahui dengan lebih dalam lagi siapakah watak-watak itu yang sebenarnya dalam sejarah kemerdekaan negara kita." [1] Berita Harian juga turut memuji kesinambungan sejarah dan "pelakon filem ini yang berjaya membawa watak dengan tahap lakonan berkesan yang memenuhi kehendak perwatakan". [2]

Rujukan

WikiPedia: 1957:_Hati_Malaya //scholar.google.com/scholar?q=%221957:+Hati+Malay... //www.google.com/search?&q=%221957:+Hati+Malaya%22... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%221957:... //www.google.com/search?q=%221957:+Hati+Malaya%22&... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%221957:+Hati+... http://www.youtube.com/watch?v=G53ETWOrZaw http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday... http://www.sinemamalaysia.com.my/main/index.php?mo... http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007... http://www.jstor.org/action/doBasicSearch?Query=%2...